ROMANTIK TANPA BERSENTUHAN

Assalammualaikum w.b.t.

Masing-masing punya aura sendiri dalam menarik perhatian penonton terhadap lakonan yang dipersembahkan. Namun, sebagai manusia tidak semua yang dilakukan itu disukai ramai.

Seorang dilabel suka tergedik-gedik dan seorang lagi membataskan wataknya tidak mahu babak romantik yang keterlaluan, pelakon Ayda Jebat dan Izzue Islam punya sebab tersendiri mengapa perkara itu terjadi.

Pertama kali disatukan dalam drama bersiri sebagai pasangan suami isteri, drama Suami Sebelah Rumah untuk slot Iris di TV3 itu menyatukan mereka dalam situasi yang berbeza.

Ini kerana, lazimnya memegang watak suami isteri pasti banyak babak romantis membabitkan aksi atas katil dan berpeluk dilakukan, namun atas permintaan Izzue yang enggan melakukan babak berkenaan, setiap babak dilihat lebih cantik dan menarik hasil garapan pengarah dan penerbitnya, Jinggo dan Sheila Rusly.

Bertemu ahli kumpulan Forteen itu, Izzue berkata, dia bukan sengaja berbuat demikian, sebaliknya sebagai lelaki yang sudah beristeri dia perlu menjaga batas supaya tidak menyentuh hati mana-mana pihak termasuk isterinya sendiri.
(Petikan akhbar Harian Metro)
=========================================================================

MENARIK! Thumbs up! untuk Izzue. Attitude macam ni lah yang perlu ada pada setiap orang. Bukan takat pada yang sudah mempunyai suami or isteri, tapi buat semua para pelakon yang tidak ada mempunyai pertalian darah sekalipun. Dan perkara ni juga patut diambil serius buat pengarah dan penerbit dalam pembuatan filem or drama. Pelakon yang BUKAN MAHRAM samada lelaki mahupun wanita memang tidak perlu melakonkan adegan2 yang memerlukan mereka untuk bersentuhan. Lakonan tetap boleh jadi MANTAP jika mereka betul2 punya bakat dalam bidang ni.(OPSS! Jangan ada yang terasa) So, tolonglah ye,buat pihak2 yang berkenaan lepas ni kurangkan dan kalau boleh jangan ada langsung adengan2 yang membabitkan para pelakon perlu bersentuhan dengan yang bukan mahram..(bukan kalau boleh,tapi memang WAJIB!)

Sekian,Wassalam...

Post a Comment

Terbaru Lebih lama

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement